Pages

Tuesday, 22 October 2013

In the Midst of Hardship -MATRA




Ok guys, hari ni bersamaan 22 Oktober 2013, tercapailah sudah hasrat Programme Manager MATRA untuk tengok aku mengupdate cerita pasal MATRA ni. 8 bulan lepas, dia request kat aku untuk cerita pasal MATRA ni kat blog ni. 8 bulan bak hang, lama gilerr kot masa yang aku ambik semata mata nak memenuhi permintaan Abang MRC aku ni. So sorry, hal ini barangkali terjadi disebabkan wujudnya virus malas yang baru dijumpai vaksinnya semalam. 




MATRA? menatang apa lak tu? spesies baru cengkerik ke?



No..no..no. Salah sama sekali. MATRA ni adalah marketing name bagi MRC mahallah (asrama) kitaorang punya annual programme. It stands for Mahallah Training. Pemimpin-pemimpin tertinggi bagi each hisbah (aras) kat Mahallah kitaorang akan dijemput atau term yang lagi tepat serta diguna pakai is diwajibkan datang program ni untuk polish lagi bende-bende  yang perlu dipolish untuk menjadi pemimpin mahallah yang super duper hott kat mahallah. he..he.gurau jer. mestilah nak latih leadership skill kat sana. Dan objektif-objektif lain ialah (sila skip sekiranya tak berminat)



1. To strengthen the bond of relationship (ukhwah) among all MRC members and Hisbah committees

2. To inculcate and enhance leadership qualities among students as a future leaders and as self-survival

3. To widen the social awareness and prepare student for the hardship in the future

4. To boost self-esteem and positive attitude, skills, knowledge and ability.

5. To improve the management skills of all the committee members
#kopipesdariproposal #malasnaktranslate

seperti yang semua sedia maklum, entri ni ditulis 8 bulan dari tarikh kejadian. Dalam tempoh 8 bulan tu, 24 jam aku terdedah kepada air dan udara. Jadi, proses pengaratan memori sentiasa mengambil tempat. Makanya, tidak semua perkara yang gue boleh ceritain. Harap ngerti loh. Untuk entri kali ni, aku tulis yang random-random je. Aisehh..bila nak start ni, asyik membebel je mamat ni. Opps..sorry3. Oklah, korang layan je lah..Aku rasa kalau baca sambil minum kopi lagi best, ada berani? weeee~~

1) Aplikasi mission Running Man


Untuk MATRA ni, aku rase meghoyan sesangat sebab biro PC dan module kitaorang mengambil ilham dari mission yang diselesaikan oleh ahli Running Man sebagai modul dalam MATRA ni. Jangan kata la korang tak kenal Running Man, variety show yang tengah mendiva kat Malaysia sekarang ni kan. Kalau tak kenal tu, memang korang homo sapiens yang kurang meminati rancangan Korea kott aku rasa..hi..hi..Daripada modul-modul tu, despite enjoying ourself, dapatlah kutip sedikit sebanyak ibrah (pengajaran) yang tersurat mahupun tersirat from those modules. Selama ni tengok Running Man buat tergelak sakan uolss, cer experience sendiri, memang lawak abiss gua cakap sama lu.

2) Menjadi Jamie Oliver


Kat Matra, hari-hari kitaorang jadi Jamie Oliver. Siapakah?? Kalau tak kenal Jamie Oliver, sila klik SINI. Tapi, tak berapa nak Jamie Oliver sangat la sebab hari-hari makan maggi. Jamie Oliver kan protes penyediaan makanan berproses kat sekolah-sekolah. Maggi makanan berproses ke? Entah..tak sure pulak aku..ha..ha..Pagi, petang, malam, tengah malam semua makanan kitaorang prepare sendiri. Malu yang sangat menebal bila tengok participant and committee lain ligat je kat dapur. Bila bab masak memasak ni, aku jadi kekok sebenarnya. Aku bukannya reti sangat pun masak memasak ni. Goreng telur pun tak berapa nak lepas. Apatah lagi memasak nasi, hangit lak nasi tu. So far dapatlah semua committe experience masak nasik, lauk pauk, masak maggi (pun buleh), buat air dan membakar ayam (BBQ). 


Starting first day masak nasik memang speechless la rasa dia, then start to improve dari hari ke hari. Apepun maggi cukup rasa sentiasa hadir bagi membantu kitorang memperbaiki rasa yang tak berapa nak cukup.

         


3) Police and thief want two jaga, polis mati pencuri jaga

Apesal?? Kat MATRA maen police entry ke. Opps..police entry lagi. Police and thief la. Dulu waktu kecik-kecik selalu sebut police entry. Bukan ape, just nak bagi tau kat korang waktu kat MATRA dulu, kitaorang bergilir-gilir jaga kawasan campsite. SENTRA..ehh..SENTRI, ape benda tah term yang kita selalu pakai..aku pun dah lupe. Memang mengantuk tak tau  nak describe macam mana lagi dah. Mengantuk sangat-sangat. Dah lah camping tepi Tanjung. Bayu laut yang sejuk mengalahkan air cond ni tak payah nak cakap la, buatkan aku nak sambung tidor je sampai matahari betul-betul terpacak atas kepale. Aku dapat turn yang paling hujung kol 5 hingga 6 kot, so chance untuk sambung tidur tu memang tak arrh..itulah namanya pengorbanan, nak tengok kuat tak ketahanan diri kita ni. Tidur pun berlantaikan tanah, disertai haba dalam khemah yang fuhh..meletupp habis, serta perasaan takut. Dok dalam hutan, rasa cuak tu still ade wei. Tapi normal la tu kalau pi camping. Tak gitu?

ha..korang tengok Abg Sticky ni - sama shift ngan aku, ngantuk sangat sampai duduk pun boleh tertidur..hu..hu..

4) Kontraktor SYABAS tak bertauliah


Hari-hari kitaorang kena pi angkut air dari telaga dan refill kan kat bilik air. Berdasarkan pemerhatian aku, kerja ni lah yang paling melecehkan kat MATRA. Kudrat aku nak mengangkut air dari telaga ke bilik air, subhanAllah. Allah sajelah yang tahu. First, isipadu sebaldi air korang cuba bayangkan, berat nanang! Second, baldi kat bilik air tu sangatlah besar dan ianya bukanlah untuk menampung seorang dua, malah nak dekat 20 orang yang join MATRA ni. Jadi nak tak nak, berkali-kali jugak la kitaorang terhegeh-hegeh mengangkut air tu. Kalau aku jadi Kim Jong Kook, mau sebaldi besar aku angkut bawak pegi telaga tu. Apepun, itulah namanya pengorbanan, nak tengok kuat tak ketahanan diri kita ni. (macam ulang je ayat ni). Kering dah idea aku menulis (stop jap sambil meminum kopi). Right, kite sambung. Copp..rasanya, ada kerja yang lagi leceh la. Buat air. Kena tapis lumut dulu. Tapi sementara je benda tu sebab Pak Cik Waang (driver UIA kitorang), belikan penapis teh tarik untuk kitaorang tapiskan air yang berlumut tu. Alhamdulillah. Terima Kasih Pak Cik Waang.

5) Indahnya lukisan alam


Kat Matra, macam-macam tempat kitaorang jelajah. Alamak, aku lupe pulak nak mention kitaorang punya program ni buat kat mana. Dear readers, program kitorang ni diadakan kat Tanjung Tuan, Melaka. Memang nak bagitau korang, release segala tekanan dan stress aku bila melihat keindahan alam semulajadi kat Tanjung Tuan yang masih lagi terpelihara ni. Air laut shining gilerr membuatkan berkali-kali kitaorang turun bermandi manda. Then, one thing yang aku sangat amazed adalah waktu pertukaran warna langit daripada gelap kepada cerah. Memang subhanAllah, indah sungguh lukisan alam. 



Other places yang kitaorang jelajah adalah Pulau Masjid, Pulau Intan, Pulan Tanjung Biru ( kalau tak silap, aku ingat-ingat lupe) , Rumah Api Tanjung Tuan (nak tengok gambar boleh google image, atau rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 2 muka surat 39) dan tidak dilupakan aktiviti yang memenatkan lutut, Jungle Trekking.

6) Di ambang selsema??..Tidak..alhamdulillah


I am feeling so grateful sebab, FYI, 4 kali aku turun ke laut bermandi-manda dalam masa 3 hari. Sekali mandi, sampai dua jam aku spend berendam kat laut. Nasib baik la tak kena selsema. 

7) Sorry foreigners :(


Tanjung Tuan sangat kaya dengan pelbagai tempat-tempat menarik untuk dilawati. Pernah la satu petang tu, kitaorang baru balik dari Jungle Trekking. Then, ada la seorang foreigner ni, bertanya kat aku ngan Nadim, where is Hang Tuah footprints? Kitaorang cakap la, yang benda tu takde kat campsite kitaorang. Maybe, somewhere else. Dia orang pun pulanglah dengan hampanya. Tapi, rupe-rupenya, tapak kaki tu duduk dekat je ngan telaga tempat kitaorang ambik air tu sebenarnya. Aiseh..disebabkan kitaorang yang lambat dapat maklumat ni, kesian foreigners tu tak dapat tengok. sob..sob..bersimpati ngan foreigners tu, sebab penat2 turun ke bawah semata-mata nak tengok tapak kaki Hang Tuah.


8) Kemanakah sejadah itu ingin dibawa??
Waktu kitaorang duk lepak-lepak kat bawah porch, ada la nampak satu family ni bawak sejadah naik atas kawasan campsite kitaorang. Aku jadi pelik sebab kat atas tu, bukannya ade tempat yang proper untuk solat pun. Last day aku kat sana, barulah ada yang inform kat aku bahawa kat atas tu terdapat sebuah kubur buatan manusia. Tempat orang datang memuja-muja bagi meminta diberi kekayaan dan kesenangan hidup. Astaghfirullah..dalam dunia yang semakin moden ni pun, masih wujud lagi amalan khurafat kat Malaysia ni. Ya Allah, bukankanlah pintu hati mereka dan lorongkanlah hati mereka ke arah jalan mu yang lurus. Aminn..


9) Candle War for the first time (pengalaman yang aku tak leh lupe)


Siapa pernah main game Candle War? Ape pendapat korang? Bagi aku, game ni sangatlah awesome. Korang akan rasa diri korang macam panglima tentera kat medan perang yang tengah berperang dengan pihak musuh bagi mempertahankan negara korang. Sape yang tak tahu cara nak main candle war ni, aku explain secara ringkas je la erk. Entri ni dah panjang sangat, nak pendekkan tak tau macam mana. Tangan aku menaip non-stop..Ottoke..Caranya begini. 
1. Mula-mula, setiap kumpulan diminta menyediakan bullet air seberapa banyak yang boleh dalam masa yang ditetapkan. (bullet air - masukkan air dalam plastik singlet)
2. Pada masa yang sama, korang kena nyalakan bara api. 
3. Bila game start, korang gunalah taktik macam mana sekalipun asalkan korang dapat sampai ke kawasan lawan dan mencabut bendera group korang yang ada kat kawasan lawan.
4. Tapi make sure yang waktu korang cabut bendera tu, korang punya Raja tak ditembak lagi dan juga bara api masih lagi menyala (tak dipadamkan). Kalau  tak menepati kedua-kedua syarat ni. Korang dikira tewas tanpa bertanding. 
5. Dalam game ni juga wujudnya Paramedik. Function paramedik ni adalah untuk menghidupkan mana-mana ahli yang telahpun kecundang. Kalau paramedik mati, tak ada peluang untuk ahli yang dah tewas dihidupkan balik.
              
Paham tak step-step dia?? Kalau tak paham, sila buat-buat paham..kui3

10) Kemudahan kat Tanjung Tuan
Bagi aku, Tanjung Tuan  ni kira okay la untuk campers yang nak rasa senang dan survival sikit. Ratio senang to survival adalah 50: 50. Kat sini, diaorang providekan generator, dapur, tandas, campsite, telaga, dewan, pondok untuk korang beraktiviti dan merehatkan minda. Tak rugi la kalau datang sini. 



Cakap pasal generator, jadi malu pulak aku bila mengenangkan generator hari last day tu  sebab aku pegi habiskan buat cas phone aku. hi..hi..generator kan berbunyi bising. Bila dah stop tu, semuanya memandang kat porch tu, phone sapelah pulak yang tengah cas sekarang ni. Then, start dari hari tu, aku pun pergilah mencari power bank kat Malaysia IT Fair. In case, phone habis battery, cucuk je la power bank.


Permulaan program ni sangat hambar pada mulanya. Ada sebahagian dari kami yang tak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Tapi, atas kerjasama semua pihak, dapat jugak aktiviti ni berjalan. Terima Kasih semua. FYI, PM kitorang memang research habis Tanjung Tuan ni dan ianya sama seperti yang diterangkan. Before nak pegi sesuatu tempat tu, kenalah buat research sikit kan, bukan pakai main redah je. Encik Google kan ade. 


Alang-alang aku menulis ni, aku nak menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua yang terlibat dengan MATRA ni andai anda salah silap sepanjang aku menjadi Vice secretary, Prep Tech serta participant kepada program MATRA ni. Semoga friendship yang dah terbina ni last till Jannah. 

THE END

4 comments:

  1. U remind me of my degree days....

    ReplyDelete
  2. bestnye kumpul ramai ramai camping macam ni kan..happy for you :)

    ReplyDelete
  3. Salam singgah, rindu nak gi camping. Seminar pun boleh kot.

    ReplyDelete

Thank you for your feedback. Any request or inquiry, you may email me at zulfahmiazhar94@gmail.com

Regards,
Femmy