Pages

Friday, 15 November 2013

Tutorial Photoshop: Rounded Corner Header





Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Pagi ni aku nak ajar korang cara-cara untuk buat rounded corner header mengunakan Adobe Photoshop CS6. Buat pengetahuan semua, aku bukanlah pakar dalam bidang photoshop ni memandangkan aku ni baru je nak berjinak-jinak dalam bidang ni. Mohon maaf andai ada yang terkurang dalam memberikan penerangan mengenai tajuk ni.

STEP 1
bukak perisian Adobe Photoshop CS6

STEP 2

drag header yang korang nak roundedkan bucunya tu ke tetingkap Adobe Photoshop CS6

Tutorial Photoshop: Rounded Corner Header

STEP 3
Pastikan tool mode anda dilaraskan ke mode path (label 1) serta wujudkan panel properties di panel sebelah kanan (label 2). Sekiranya panel properties tiada, cari dan drag panel properties, dari panel yang saya highlightkan dengan anak panah berwarna kuning.



STEP 4

Double click kat background dan namakan layer korang (label 1). Kemudianlaraskan color to none (label 2)



STEP 5

Kat bahagian menu, korang pegi kat Layer -->Layer Mask---> Reveal All

STEP 6

Okay, sekarang kat bahagian properties korang akan perasan dia akan keluar perkataan layer mask (label 1). Then, korang pergi dekat rounded rectangle tool (label 2), letak cursor korang kat satu corner dan drag sampai korang puas hati dengan bentuk yang korang nak. Bila korang click rounded rectangle tool tu, secara automatik akan muncul radius adjustment bawah menu top (label 3). Korang pilihlah berapa banyak yang korang nak, aku set 35 px.



STEP 7

Akhir sekali SAVE. Aku save dalam bentuk PNG supaya aku boleh dapatkan header yang transparent.



jangan lupa convert background to smart object and resterize the layer. Kalau ada yang tersalah mohon betulkan. 

1 comment:

Thank you for your feedback. Any request or inquiry, you may email me at zulfahmiazhar94@gmail.com

Regards,
Femmy