Pages

Monday, 29 August 2016

Apa kena buat masa Clinic?

memandangkan next sem aku dah kena masuk clinic, jom la aku share serba sedikit apa yang aku dapat masa clinical observation hari tu. walaupun aku tak suka apa yang aku kena buat ni, aku dah takde keputusan lain melainkan aku kena teruskan jugak apa yang aku dah mulakan dulu. 2 tahun je lagi nak hadap benda ni, harapnya aku dapat sabar. buat masa sekarang, aku belum ada lagi keinginan nak jadi audiologist. lepas grad nanti, aku plan untuk cari kerja lain. ok guys, these are few things yang kena buat masa klinik.

1. CALIBRATE
sebelum start klinik, kena calibrate dulu segala mesin yang ada. calibrate untuk make sure segala peralatan dan mesin berada dalam keadaan yang baik. kita ada otoscope, audiometer, tympanometer. otoscope tu make sure bateri cukup, lampu okay. audiometer tu kena buat visual and listening check. visual means kita cek wayar tu okay ke tak.listening check kita compare tahap pendengaran kita yang pernah kita test sebelum ni dengan yang sekarang guna headphone. biasanya paed patient ada yang selsema dan menangis, so make sure ade tisu kat situ. Alcohol swab pun kena ada untuk cuci balik ear tip yang dah kena taik telinga. Cek lampu toys untuk test VRA. Cek juga toys ada ke tak. Kadang-kadang, sesetengah budak ni memilih dengan toys. Misalnya, dia suka toys bola je, so kena make sure benda tu dah ada before klinik start. Benda tu semua, kita dapat tau dari case file.

2. BACA CASE FILE
kat klinik dia ada satu computer system yang memaparkan jadual appointment patient. so, boleh log in dalam sistem tu untuk tau. cuma atas saranan sv, diaorang galakkan untuk baca case file tu sehari sebelum klinik. walaupun kau bukan tester, cuma observer atau distractor je, still kena baca case file. I hope I have a transport so that I can read the case file a day before. Aku pun tak pandai sangat nak baca case file, cuma kalau aku, aku akan tengok appointment dia ni kali yang ke berapa? sejak bila dia datang? dia pernah pegi mana-mana appointment lain tak sebelum ni? di refer oleh siapa? macam mana result dia sebelum ni? 

3. BRIEF CASE (PRACTICE)
lepas dah baca case file, kita kena brief case yang kita dapat hari tu pasal apa dekat sv. Waktu ni bagi tau la siapa patient kita, report sebelum ni cakap macam mana, apa yang patient tu complaint, dia ada undergo apa-apa treatment ke tak, ada masalah-masalah lain ke, hearing test result patient tu macam mana. Then, bagi tau jugak apa plan kita untuk session tu. Test apa yang kita nak buat, soalan apa yang kita nak tanya masa history taking. Basically, benda-benda tu lah yang kita bagi tau kat sv before jemput patient masuk dalam bilik.

4. HISTORY TAKING (PRACTICE)
Next, kita kena buat history taking. History taking ni tanya lah patient soalan-soalan yang perlu sebelum kita nak buat testing. Kalau jawapan tu dah ada dalam case file, tak perlu tanya dah. Untuk tanya patient kita kena faham betul -betul soalan yang kita nak tanya tu, try expect jawapan daripada dia supaya senang nak tanya lebih lanjut and faham rasional/ kenapa korang tanya soalan tu kat patient.

5. TESTING (PRACTICE)
this is the most crucial and important part in audiology clinic. testing depends on the age and goal of your clinic on that day. Kalau paed patient, biasanya akan pakai VRA dan Play Audiometry. Kalau below than 5 months, kita guna BOA. Masking, occlusion effect and all the values tu semua kena ada dalam kepala supaya clinic kita berjalan dengan lancar. Memang kena flexible especially siapa yang jadi tester. Apepun, tester yang mainkan peranan paling besar waktu tu. Kena pantas dan cekap. Jangan buat tu sebab  nak impress sv semata-mata. For adult, inshaAllah biasanya okay sikit lah nak handle berbanding paed.

6. FEEDBACK (PRACTICE)
waktu ni kita bagi feedback kat patient apa yang dia kena buat, apa result hari tu dan bagi tau bila next appointment kalau ada.

7. DISCUSSION
waktu ni kita akan discuss balik dengan sv pasal testing yang kita dah buat hari tu. Mostly sv akan tanya macam-macam waktu ni. Dia bukan tanya apa yang korang belajar waktu Basic audio, Paed Audio and TIA je, dia akan tanya sekali ilmu pasal aural rehab, otology, psychoacoustics etc. So, be prepared la. Aku pun dah lupa dah wei. Ottoke..Banyak nya lah nak ingat. Masa discussion ni jugak boleh tanya apa yang korang nak tanya, nak confirmkan or nak share info yang korang dapat ke. Teguran yang membina daripada sv dan kawan korang pun akan diberi waktu ni. Terima seadanya. Balik bilik, tulis balik apa mistake kita supaya lepas ni kita beringat and tak buat lagi kesilapan yang sama.

Baically, nilah benda-benda yang kena buat masa klinik. Thanks for reading!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your feedback. Any request or inquiry, you may email me at zulfahmiazhar94@gmail.com

Regards,
Femmy