Pages

Wednesday, 18 January 2017

The Village: Achiara's Secret


Achiara's Secret
Sinopis
Drama ni mengisahkan tentang seorang perempuan yang datang ke sebuang kampung untuk mencari kakak angkat dia yang dah lama terpisah sejak kecil. Satu hari, dia terjatuh ke dalam gaung dan secara tak sengaja, dia terjumpa mayat berhampiran kawasan tu. Rupa-rupanya, mayat yang dia jumpa tu adalah mayat kakak angkat dia. Siasatan daripada pihak polis mendapati bahawa kakak dia dibunuh oleh mak kandungnya sendiri. Daripada siasatan yang dijalankan daripada perempuan tu jugak, banyak rahsia yang dia dapat tahu berkenaan kakak dia tu dan jugak penduduk kampung kat situ. 

Kegigihan
Aku sebenarnya sangat suka dengan kegigihan detektif and main actress dalam cerita ni dalam merungkai misteri kematian. Macam-macam tempat diaorang pergi, macam-macam orang diaorang temu ramah untuk menjawab segala persoalan dalam benak fikiran diorang. Walaupun kena maki dengan penduduk-penduduk kampung kat situ, diaorang still gigih dan tak berputus asa dalam mencari jawapan. Antara tempat yang diaorang pergi termasuklah balai polis, pejabat pendaftaran, hospital, broadcast station dan pusat penyelidikan genetik. Ada satu scene tu, watak utama dia siap request untuk dapatkan akses rakaman program yang dah ditayangkan bertahun-tahun lepas sebab nak siasat pasal kakak angkat dia ni. 




Kajian saintifik

Aku suka dengan cerita ni sebab dia ada sentuh sikit pasal elemen-elemen sains. Ada satu penyakit yang turut menjadi subjek dalam cerita ni iaitu Fabry disease. Dalam bidang biomedical, dia ada tunjuk scene genetic test tu dibuat. Selain tu, dia ada cerita pasal pregnancy denial dan pembedahan sistem peranakan (aku tak ingat term dia apa).  Dalam bidang pharmacy pulak, ada satu watak budak perempuan ni, dia buat research pasal ubat yang pharmacist ni bagi kat kawan dia yang ada autism. Dalam bidang audiologi pulak, ada satu scene ni dia tunjuk hearing test dibuat dekat salah seorang watak dalam cerita ni sebab dia ada complain tinnitus. Actually, tinnitus tu adalah salah satu simptom Fabry Disease tu. Tapi, sebab dia jumpa doktor ENT je, so tak dapat nak buat full diagnosis. 

Dalam bidang chemistry pulak, dia tunjuk scene satu watak lelaki jahat ni buat ubat untuk nak jadi gembira. Tapi bukan lah gembira sangat pun but more to halusinasi sementara. Masih lagi dalam clinical trial pun. Tapi dah jadi kes jenayah sebab penghasilan drugs tu illegal and mengancam nyawa orang


Cerita ni jugak memaparkan etika dalam bekerja iaitu tak boleh sesuka hati mendedahkan maklumat pesakit kepada orang awam. Selain tu, terdapat lagi satu nilai dalam cerita ni iaitu dalam penyimpanan rekod. Even maklumat 20 tahun lepas pun masih diaorang simpan dalam keadaan baik. Satu lagi benda yang aku belajar dari watak-watak ni adalah bila diaorang tak tau sesuatu benda ni, diaorang akan google terlebih dahulu pasal benda tu dan  cari lebih lanjut info kat library melainkan memang diaorang tak tau, baru diaorang akan tanya yang lebih expert. 

Kasih sayang

Walaupun mak kandung perempuan yang maut dalam cerita ni tak sukakan dia, tapi dia masih berhasrat nak menderma organ hati dia kat anak perempuan dia tu. Dalam masa yang sama walaupun mak Yoona tu tak sukakan dia sebab dia banyak tafsirkan benda-benda yang tak elok dan selalu marahkan dia, Dia still sayang kat Yoona dan Yoona pun tak pernah nak jauhkan diri daripada ibu dia walaupun dia tau yang ibu dia tak layan dia dengan baik. Cerita ni lebih banyak mengangkat kasih sayang kekeluargaan berbanding kasih sayang percintaan sesama pasangan/couple. 


Ada bermacam-macam lagi nilai dan pengajaran dari cerita ni yang boleh diambil iktibar. Aku bagi 5 bintang untuk drama ni. Kalau nak tau lebih lagi, silalah tonton drama 16 episode ni. Sangat best. Penuh dengan suspens dan debaran. Kat bawah ni adalah trailer drama ni.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your feedback. Any request or inquiry, you may email me at zulfahmiazhar94@gmail.com

Regards,
Femmy