Pages

Wednesday, 7 June 2017

Kena Remedial Lagi

Lama tak menaip kat sini. Rindu pulak kat blog ni. Currently, aku masih lagi ada dekat uia kuantan ni sebab aku kena repeat clinical exam yang tak pass -pass lagi . Jadual exam remedial hari khamis dah keluar dan nama aku takde dalam senarai menandakan aku kena buat exam hari jumaat. Ini juga bermakna aku kena balik lambat.

Basically apa yang membuatkan aku fail hari tu sebab aku tak adjust presure dekat machine masa buat test tu. Supposedly, aku kena adjust pressure tu sebab patient yang aku dapat hari tu, middle ear pressure telinga dia negative samapi-210 daPa. Silapnya bila aku bila aku proceed dengan test yang seterusnya tanpa adjust tekanan tu supaya bagi sama dengan pressure telinga dia. Jadi, aku dah salah kat situ. Sepatutntya akan ada dapat bacaan, tapi disebabkan kesilapan aku tu, aku tak dapat langsung bacaan untuk patient tu.

Apa lagi yang membuatkan aku salah is bila aku tak repeat certain bacaan dekat high intensity. Pastu, dari segi testing techniques, aku asyik pegi tekan button stop je lepas dah test kat satu frequency. Patutnya, tekan stop bila nak tukar telinga je, Rasa cam gila sangat. Aku macam teringat benda tu masking noise kena tutup setiap kali dah pesent bunyi kat satu frekuensi. Padahal dulu aku dah pernah tanya kak ida dah pasal benda ni. Hanya tekan stop bila nak tukar telinga je. Silly mistake!


Next, masa buat test, tak proper untuk cakap kat patient jangan telan air liur sebab imagine kalau orang cakap macam tu kat kita, confirm kita akan ada tendency untuk telan jugak. So, bila dia nak telan air liur, biarkan je, Pandai-pandai adjust sendiri which means tunggu sekejap ke.

In terms of management, aku pun tersalah beberapa benda. Kalau patient ada type C je, terus refer ENT. Masa viva, bila aku kena tanya aku cakap I don't have any management for that. Sekali lagi, bila pikir rasa gila sangat. Dulu, aku macam pernah terdengar. Kalau patient adult ada type C tu benda biasa sebab kadang-kadan dia selsema. So, aku fikir takpelah kot, nanti kalau dah elok mesti dapat Type A balik. Apelah benda tu pun boleh tak tau

Another thing aku kena tanya is patient aku tu ada masalah pendengaran jenis kekal pada tahap yang ringan. Incase, dia tak nak pakai alat, apa yang kita nak buat? Aku cakap lah kena bagi communication strategies and advice dia untuk datang kalau dia rasa ada apa-apa problem dengan pendengaran dia. Tapi sebenarnya, apa yang patut buat is hearing monitoring lah. Jangan sesekali discharged patient yang ada hearing loss.

Tulah antara kesalahan yang aku buat hari tu. Hopefully aku boleh pass exam remedial lusa ni. Korang doakan aku. Sedih tengok orang dah boleh balik. Mahallah pun dah sunyi sepi. Pray for me. Salam Ramadhan.



No comments:

Post a Comment

Thank you for your feedback. Any request or inquiry, you may email me at zulfahmiazhar94@gmail.com

Regards,
Femmy